Saturday, February 12, 2011

Puteriku Masuk Wad


Pengalaman pertama yang aku alami ni sungguh memberi banyak pengajaran kepada aku. Buat pertama kalinya anakku dimasukkan ke wad. Tak ternah terfikir di kotak fikiran perkara ini akan terjadi. Bulan ni kali kedua aleesya diserang asma yang teruk. Aku tak sangka dia akan sampai masuk wad.

Ceritanya bermula begini...malam khamis tu Aleesya dah batuk. Aku pk batuk biase je. So, pagi khamis tu aku dah bg dia inhealer. Pastu aku gi keje macam biase. Anto anak2 standbykan skali inhealer kat babysitter. So, tengahari tu aku call babysitter tanya keadaan Aleesya. Kak Ani kata ok. Tp dia Nampak penatler. Dah bg inhealer. So, aku pun takdeler risau sangat. Kak Ani kata dia bleh handle lagi. Nanti pape dia call.
Tup2 call 4 lebih mcm tu aku dapat call. Kak Ani kata Aleesya dah teruk. Dia tak berani lg Aleesya dah muntah dia kata. Aku letak je tpon terus bgtau bos yg aku nak balik. Aku tak pk dah bos bg ke tak. Aku tetap nak balik. Tapi, bos aku tu ok je....Tq bos. Aku terus kemas n berlari balik. Dalam 15 minit aku dah sampai umah. Laju giler....

Sampai terus bawak adik pi klinik depan. Aku tak pi klinik pakar yang biasa tu sebab Klinik Famili arini Dr Nik. So, aku pi situ je sebab Dr Nik bagus sama mcm doktor klinik pakar tu. Sampai klinik doctor bg adik nebulizer pastu doctor kata balik sambung bg inhelaer. Dlm kul 9 klu tak ok jugak dtg balik. So, aku pun balik. Bg adik ubat ape semua. Dia pun rehat.tapi dah sampai 4 kali aku bg inhealer. Sampai kul 9 lebih adik masih tak stabil.

kitorg terus bawak adik pi klinik semula. Sampai klinik doctor bg neb lagi. Tp adik masih tak ok. Doctor kata kena pi hospital. Kami pun setuju. Doctor refer pi DEMC. Dapat je surat kami patah balik umah amik barang. Pastu terus gerak ke DEMC. Sampai sana dah kul 11 lebih. Sampai terus pi kecemasan bg surat. 2 minit kemudian petugas tu kata bilik penuh. Yang ade bilik VIP. Pastu dia tolong callkan SMC. Itupun bilik penuh. Aku pulak tak sure hospital panel mana lg company punya. Call sana sini. Semua penuh. Rasa nak nangis je....

Last2 kitorg ambil keputusan pi Pantai Klang. ontheway ke sana aku berdoa adalah bilik kosong. Sampai Pantai Klang dah kul 12 lebih. Sampai sana terus jumpa doctor. Adik diberi neb lagi. Pastu doctor kata katil baby dah penuh. Tp klu nak masuk wad jugak dia bleh arrange utk duk tempat dewasa. Doctor suh wat pilihan samada nak balik dulu atau terus masuk wad. Kami tanak amik risiko. Kami kata nak masuk wad.

Terus daftar, pastu tetiba doctor panggil balik kata kami takleh masuk wad sebab doctor pakar kata Aleesya teruk. Diorg tanak amik risiko letak Aleesya kat katil dewasa. Sedihnya kami...takde pilihan lain lg yg paling dekat HTAR. Kami terus kesana. Sampai HTAR dah kul satu lebih. Ya Allah...sepanjang malam dah sampai pagi.

Akhirnya tepat jam 4. 45 pagi barulah Aleesya dapat tido atas katil. Aleesya selamat dimasukkan wad kanak2 di HTAR. Syukur Alhamdulillah....

KS: Tak tahan tgk masa doktor amik darah Aleesya

No comments:

Post a Comment

Labels