Friday, August 12, 2011

Suka Duka Kehidupan

Ada masa hidup kita gembira, ada masa hidup kita berduka. Kadangkala kita sangka hujan sampai ke petang tapi rupanya panas ditengahari. Kadangkala hati kita rasa gembira kadangkala sedih. Kadangkala kita tidak begitu terasa kadangkala kita begitu sensitive. Itulah lumrah kehidupan di dunia ini. Kadangkala kita rasa orang tu kawan rupanya bukan. Kadangkala kita rasa orang tu boleh dipercayai rupanya bukan. Kadangkala kita rasa orang tu baik rupanya berpura-pura. Kita semua adalah pelakon di atas muka bumi ini. Sukar menilai orang yang memang pelakon handalan. Kadangkala disebabkan kita sayangkan seseorang kita mudah tertipu dengan lakonan mereka. Mata dikaburi dek kerana kasih sayang yang tak sepatutnya diberikan.

Berada dikalangan pelakon-pelakon handalan hati kena kuat. Perasaan kena sabar. Bukan senang untuk menghadapi mereka. Kerana kita mudah tertipu. Mudah terpedaya dengan tipu daya mereka. Nampak lembut diluar didalam siapa yang tahu. Nampak sopan diluar di dalam siapa yang tahu. Nampak ramah diluar didalam siapa yang tahu. Sukar menilai orang yang penuh kepura-puraan. Kerna akhirnya merana diri……

Kadang-kadang kebaikan kita disalah gunakan. Kelembutan hati kita dipermain-mainkan. Keramahan kita diperkotak katikkan. Namun semua itu adalah dugaan Allah terhadap hamba2nya yang dikasihi. Namun sebagai manusia biasa sejauh mana kesabaran itu di pertahankan. Ada masa ia dapat juga dicalarkan oleh sesuatu. Maka runtuhlah dinding kesabaran itu…

Monday, August 1, 2011

Selamat Berpuasa....

Selamat berpuasa kepada semua yang membaca blog ini....Alhamdulillah masih lagi berkesempatan untuk melakukan ibadah ini. Mudah2an Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan kepada kita semua. Mudah2an ibadah ini dapat dilaksanakan sebaik yang mungkin.

Disamping melakukan ibadah ini jangan pula kita lupa. Sesungguhnya Ibadah ini mengajar banyak perkara kepada kita. Dengannya mengingatkan kita orang2 yang kurang mampu. Mengingatkan kita kepayahan orang2 yang terpaksa kais pagi makan pagi kais petang makan petang untuk mendapatkan sesuap nasi. Mengingatkan kita bagaimana rasanya orang2 yang terpaksa berlapar kerana kemiskinan hidup. Sesungguhnya kita dibumi ini beruntung masih mampu dan mewah dengan makanan.

Sesungguhnya, bersyukurlah kita ke hadrat Ilahi dengan segala yang diberikan kepada kita..Selamat berpuasa kepada semua......

Labels