Tuesday, March 29, 2011

Aleesya Tak Sihat Lagi....

Hi...entry aku takde lain..aleesya demam..demam..tak sihat...sian putri aku yg sorg ni....antibodi dia tak kuat. So dia mudah dijangkiti. Klu org lain kena skit je..dapat kat dia terus menjadi2. Puncanya kakak selsema. Kena kat Aleesya terus batuk n selsema. n pastu dia terus demam. Semlm aku keje. Call babysitter banyak2 kali tak angkat2.Biaseler sebagai seorg ibu bila tinggalkan anak yang tak sihat mestiler risau....tapi hubby kata mungkin ok kot. klu tak ok mesti kak ani call...lgpun ubat2an semua dah bagi. So aku rileksler skit..... Tup2 bila balik amik anak2. Rupanya aleesya demam kuat. Kak ani kata dia nak call takde kredit. Ya Allah...tuhan je tau....aku terus je bawak pi klinik....syukur alhamdulillah malam td aleesya tak meragam pun. Pagi ni sebelum hantar dia aku bg antibiotik dengan ubat untuk paru2. Pastu bg ventolin skali....Bagi ubat siap2..Tengahari minta babysitter dia yg bg. Malam bior aku jugak yang bagi....senang skit.... Mudah2an aleesya semakin bertambah sihat. Amin....

Wednesday, March 23, 2011

Result SPM Keluar Harini

Yuhu....arini result SPM kuor..tentu adik2 kita tu dah dapat result diorg. Akupun tak sabor nak tau result sepupu ipar aku...heheehhe....tp dah tgharini masih tak dapat tahu lg...rahsia btul ye....takpe..sabar2...kepada semua yg berjaya TAHNIAH...kepada yang tak berapa nak berjaya...takpe...dah usaha...terima dgn redha....

K.S : jeng..jeng....jeng.....

Monday, March 21, 2011

Anak terbujur Tepi Tiang Lampu

Terkejut aku membaca berita hari ini di Harian Metro (klik). Berita ini mengingatkan aku pada Alieya, Pada hari Sabtu yg lalu kami skali lg ke Pantai Remis (pegi lg..hua..ha..ha...). Pada masa tu Alieya merajuk sebab tak dapat main layang2. Bukan tak bg main masalahnye angin takde...So, susah ayah dia nak naikkan lelayang tu. Dia merajuk bersandar ke sebatang tiang elektrik yang berhampiran. Masa tu aku tak terpk pun kot2 merbahaya. Cuma Cik Kin je tegur suh amik dia. Bahaya tiang eletrik tu.

Arini bila baca berita ni aku jd teringat. Syukur Alhamdulillah....

K.S : Perlu lebih peka hal2 yang nampak remeh tp sebenanrnye amat merbahaya

Pengajaran Buat Aku

Yuhu..entry ni patutnya aku post semalam. Tapi disebabkan kesibukan melampau…tak sempatler…arini baru sempat nak buat. Hehehehe…..Kisahnya begini..semalam aku pi jalan ke GM. GM??? Hehehehhe..General Market kat Klang tu…yg kat depan Jusco Bukit Tinggi…Sajeler pi jejalan ujung2 minggu ni…..Nak Jadi ceritanya pasal kecuaian aku sendiri….Huhuhuhuh….sibuk sangat nak bli alat make up kan…..Ha…Inilah jadinya…..

Jadi apa? Hehheheheh…Sabo..sabo….Nak criter ler ni…Dalam berjalan2 tu..sampailah satu kedai jual alat make up…Sibukler aku menengok2…Tak padan sambil mendukung Aleesya…Heheheheh…Bila sampai tang nak bayar tu….Berlaku satu insiden yang membuatkan aku kecut perut….berderau darah den….

Aku ada satu beg duit n satu lg tu bekas letak phone (warna merah..hehehe…) yang ade tali tu….beg tu aku letak duit skit n IC/Lesen/IC anak2. Sebabnya klu setakat nak pi dekat2 bawak tu je. Senang….Tapi bila jalan jauh2 skit ni dedualer aku bawak…Masa nak bayar tu..mulanya aku keluarkan beg merah aku ni. Belek2 oh..tak cukup..so aku letak balik. Amik beg duit lagi satu…pastu bayorler..skali diorg takde duit kecik pulak…so aku memerlukan lgi RM2. So aku kata..”ada..ada..kejap ek”.

Masa nilah kejadian berlaku. Aku cari2 beg merah aku tu dah takde..hua..hua..hua…gabra giler….aku rasa mcm nak nangis..cari2 tak jumpa….mana ilangnye..aku rasa muka aku dah pucat masa tu sebab aku cuma pk IC aku n anak2 dalam tu..hua..hua…dalam beberapa minit cari tak jumpa…tiba2 pap… beg tu muncul depan aku…huhuuuhuhu….

Rupanya2… Aleesya dah amik beg tu masa aku sibuk2 berckp dgn cashier tu. aku tak perasan n beg tu dah terjatuh ke bawah…Untungnya adik ipar aku yang nampak….huhuhuhu….nasib baik…tp dia pedajalkan akak dia ni dengan menyembunyikan beg tu…huhuuuuuhuu…..lepas tu teruk aku kena perli dengan dia n En Hubby…..bukan main mereka yer….Takpe..takpe…dah jumpa. Aku lega sangat. Kena peli pun takpeler…

K.S : Lain kali nak shopping pun ingat2..pengajaran..pengajaran….

Friday, March 18, 2011

Aleesya Demam

Tiba2 Aleesya demam. Akupun taktauler...td masa amik dia memang rasa badan dia panas. Tapi aku pk sebab badan aku sejuk..Baru kuor dr kereta. Mulanya Aleesya nampak ok. Mcm biaseler dia nak melekap je.Ibu dia ni nak bangun pun takleh. Duduk je ulit dia. Lepas tu aku bangun gak. Basuh ayam. cekonon nak masakler untuk esok. Bukannye apa. Esok aku cuti. Tinggal sorg dgn anak2.Aku susah nak wat keje sebab Aleesya memang nak melekap je. Jadi aku pk masak je siap2 mlm ni. Esok panaskan aje...Skali tak kesampaian....Aleesya dah ngamuk. Rupanya dia demam.

Aku pun risau dia nampak susah nak bernafas. Dah dua kali aku bg dia inhaler. Aku dh risau sebenarnya. Pagi td aku dah pesan kat babysitter supaya bg Aleesya inhaler. Tapi kakak kata mama tak bg inhaler kat adik. Akupun taktau btul ke tak. Lepas tu kakak kata adik diberi minum air sejuk...

Aku dh call babysitter tanya Aleesya ok tak arini. Dia kata ok. Takde apa. Muntah takde. Makan minum semua ok dan dia ok je sehari ni katanya. Aku malasler nak tanya lebih2. Sebab masa aku call tu pun suara dia dah mcm nak marah sebab dia tgh tido...So, akupun tanya skit2 ajelah...Ikutkan hati banyak aku nak tanya. Bukan aku nak tuduh apa2. Aku cuma nak tau je supaya senang untuk aku nanti bila bawa Aleesya pg klinik. Doktor mesti tanya mcm. Aku kenalah tau....Tak kesahlah babysitter nak ckp apapun. Tp harap2 dia tak salah fahamler.....

Skang Aleesya tgh tido, harap2 dia tak meragam malam ni...Mudah2an dia demam skit je. Aku dah urut2 badan dia td.Td Cik Kin datang pun aku tak dapat layan sangat. Sorrylah ye..terima kasih bagi cempedak goreng. Hehehehehe.....

Thursday, March 17, 2011

Mulianya Isteri Disisi Allah

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka.....

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor form his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

" Wahai Tuhan ...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......


Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah
'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya):"Wahai manusia! Ucaplah 'Laa
ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10

-ELLY-

Tuesday, March 15, 2011

KS Berwajah Baru

Yuhu...hi..hi...lihatlah..pandanglah....KS berwajah baru..walaupun wajah baru tapi tetap warna merah...hua..ha..ha.....

Merah..merah...merah...cantikkkkkk...dimataku. cantik dihatiku.....

Ok...bye..bye....

Thursday, March 10, 2011

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Elly & Fadli Yang ke-5

Hua..ha…ucapan untuk diri sendiri…harini 10 March 2011 genap 5 tahun perkahwinan kami…sedar tak sedar dah 5 tahun……Mudaha2an kebahagiaan kami berkekalan hingga di akhirat…Korang doa2kanler ye…amin..amin..amin…..

K.S : I luv u en hubby

Tuesday, March 8, 2011

Halooo.....

Hello...hi...lama tak update..bukan ape sibukler skit. macam2 hal...nanti ade masa aku updateler...arini just nak saya...hello.....hehehehehhe...see u alls next entry...da..da...da....

Labels