Semalam setelah 3 hari En Hubby bekerja..dia akhirnya cuti. Maka kami sekeluarga pergi beriadah ke pantai remis lagi..hehehe.takde tempat lain. Lgpun kat situ memang ade makcik yang berniaga. So, kami leh tumpang melepak kat gerai dia..Sesape pi sana piler gerai yang jual jagung dengan air..fuh..semalam tengok tak memang tanganler melayan pelanggan..memang syok...
Oh.ya.Berbalik kepada tajuk. Setelah sakan bermain, melepak2 kitorg pun bersiap2 pulang kerumah. Lepas salam2 semua kami pun bergerak meninggalkan kawasan pantai remis..(da..da..ada masa kami dtg lg). Perjalanan agak tenang pada mulanya..hinggalah satu ketika ade kereta yang laju..kami terpaksalah mengalah ke lane kiri...
Jalan punya jalan tetiba selepas satu selekoh..kami terpaksa memberhentikan kereta kerana ada kereta yang nak keluar simpang n kereta dr arah kami nak masuk simpang tu...tp kereta yang nk keluar simpang tu tak gerak2. aku tak faham..En hubby dah hon berkali2 tetapi kedua2 kereta tidak bergerak...masing2 menunjukkan keegoan mereka..sedangkan dah 3 kereta beratur..kereta kami yg belakang skali....
Tiba2 En Hubby menjerit " Ya Allah, kena ni". sambil dia mengalihkan kereta ketepi.Dummmm.....kereta kami kena langgar. Syukur Alhamdulillah kami tak apa2. aku memang dah menggeletar..berdebar2 semua ada. Syukur anak2 tak apap2 n diorg tak terperanjat sangat. Bila dah berlaku kemalangan baruler kereta yang nak keluar simpang tu mengundur dan beri laluan kepada kereta yang nak masuk. Kami tak ingat apa2 terus gerak kedepan n berhenti di pinggir jalan. Aku ingatkan kereta aku je kena langgar. Rupanye kereta depan pun kena.
En Hubby turun melihat keadaan dan berunding. Kemudian En Hubby masuk n kami pun meneruskan perjalanan. En Hubby kata tak payah minta apa2 dr org yang melanggar sebab dia tak bersalah n keretea kena skit je...Nasibler En Hubby pemurah...klu aku td tentu aku dah minta gantirugi. memang dia mangsa..tp diapun lajukan....Apapun takpeler..janji kami sekeluarga selamat..Kereta bleh repair....
Apapun sampai skang aku masih bengang dengan kereta yang tak mengalah tu. Disebabkan dia kami semua terlibat. Nasib kemalangan kecil. Aku teringat2 muka dia,Sudahler melayu...Satu keluarga pulak tu. Apalah salah kau mengalah beri laluan...Rugi ke...Tak faham. Tak tahu kat mana budi bahasa...Bila dah berlaku kemalangan tau pulak ko mengalah...Klu keluarga ko ditempat kami atau ko sendiri di tempat kami...tentu ko akan pk mcm kami jugakkan. Ko tu rakyat yang tak sepatutnya ada kat Malaysia ni...
KS : Nasib kereta tu yang sampai dulu...andaikata lori yang sampai dulu...wallahualam...
No comments:
Post a Comment