Monday, February 28, 2011

Akibat Asyik Berjalan

Harini aku EL sebab Aleesya demam. Penin kepala aku..baru je baik dah demam. ni semua gara2 berjalan tak hingat dunia..Puteriku yg sorg ni sampai demam. sian aleesya...kitorg bukan pi mana pun....balik kluang. pastu ari ahad tu pi TBS...ala... terminal bersepadu selatan tu ler...kan dekat dgn umah mak mertuaku..so, saje2 ler jejalan....tup2 malam tu aleesya demam panas....tulah dia lasak sangat berjalan kesana sini. maklumler baru dapat kaki...ni aku kongsi skit2 gambo....jadiler dr takdekan..hua..ha..ha...
okler..aku dah ngantuk. Baru je lepas siapkan data yg bos aku nak...ngantuknye.....bye.

Wednesday, February 23, 2011

Baran atau Dirasuk

Pagi td ontheway pi office aku dgr berita kat sinar pasal isteri tetak suami kerana cemburu buta. skang ni aku baca metro pasal berita tu (klik)...dr pagi aku dah terpk kenapa dengan isteri tu...tak sayangkah dia pada suaminya..tak cintakah dia pada suaminya....atau dia memang dah dirasuk syaitan sehingga sanggup mencederakan suami sendiri. suami yang telah dinikahi..yang telah hidup bersama berbelas tahun...dimanakah letaknya hati nurani seorang isteri.

Selalu kita dengar suami dera isteri..suami pukul isteri..suami itu ini...tahukah kita kat luar tu berapa ramai suami yang kena dera dengan isteri..Memang kita jarang dengar cerita begini..Tapi tahukah kita..Aku pun tak tahulah nak kata. Baik suami atau isteri...bukankah perkahwinan atas dasar kasih sayang. Walaupun ada perkahwinan atas dasar penjodohan keluarga. Klu memang dah tak suka cari jalan penyelesaian yang lebih baik. Dari menyakitkan hati dan badan org lain.....

Walau mcmanapun aku berharap aku tak mengalami semua itu..dan aku bersyukur..aku ada suami yang terbaik buat diriku.....

K.S : Bila En Hubby baca mesti senyum lebar....

Monday, February 21, 2011

Aktiviti Hari Cuti


Ha....harini nak update skit je....pasal aktiviti jalan2 kami setelah beberapa lama tak kesini....Semalam kitorg pi ler sebelum balik umah mak mertuaku...Sajeler jejalan...Alieya suka pi sini sebab nak bagi ikan makan..Kan kat situ ade banyak ikan2 besar2....
Dua beradik memang suka sangat klu bagi ikan makan kat sini...Kitorg selalu dtg sini semata2 nak bg diorg bagi ikan makan....Tapi aktiviti wajib kat sini selain bagi ikan makan..wajib naik keretapi yang pusing2 dalam mall tu...Dengan ibu dia skali naik..jalan2 tak yah penat nak pusing2 jalan kaki..hehehhehehe......
Lepas dah penat kitorg pun bergerak balik umah mak tok diorg...hehehehhe...kul 12 malam tadi baru sampai umah...hua..ha..ha....pagi td pun nak bangun pi keje dah liat.....
K.S : Melihat anak2 gembira merupakan satu keseronokan yg tak tergambar dek kata2.

Friday, February 18, 2011

Merah..merah..merah....

Hiiiii......arini aku nak share gambar ni. Tapi bukan nak cerita pasal mereka berdua ni...Cumanya nak share baju diorg ni...Aku suka sebab warnanya merah....mmm...cantiknya....suka sangat warna tu...hehehehe.....

K.S : Klu bleh naik pelamin lagi skali mesi nak wat merah mcm ni gak..hehehhee.....

Thursday, February 17, 2011

Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah

Hi...today nak share email yang saya dapat ni....Petua dari Ustazah Nurbahyah..

Ustazah Siti NurBahyah berkata :

1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.

2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Ustazah Siti NurBahayah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.

K.S :sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat

Wednesday, February 16, 2011

Biodata Rasullullah S.A.W

"MAULID AL-RASUL SAW"
Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St.. Valentino' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih
mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru, saya berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW

BIODATA RASULULLAH SAW
• Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
• Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah)
• Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
• Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
• Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf
• Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
• Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
• Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN
• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
• Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
• Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
• Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
• Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
• Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
• Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
• Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
§ Khadijah Binti Khuwailid
§ Saudah Binti Zam'ah
§ 'Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
§ Hafsah binti 'Umar (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab)
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
§ Zainab Binti Jahsy
§ Maimunah Binti Harith
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra'

ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN

SAUDARA SUSUAN
1.Thuwaibah
2. Hamzah
3. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
4. Halimah Al-Saidiyyah
5. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
6. Abdullah bin Harith bin Abdul 'Uzza
7. Syaima' binti Harith bin Abdul 'Uzza
8. 'Aisyah binti Harith bin abdul 'Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al- Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-'Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya 'Abdul 'Uzza)
8. Abdul Ka'bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13.. 'Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-'Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama' berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

K.S : Dapat email dr Kak Mid. Sepatutnye entry semalam....

ERR .. HYE . SAYA BLOGGER BARU ...

Hiiii......saje join benda ni...Keterangan lanjut sila ke sini.

Sedih....

Harini aku baru masuk keje. Sebelum sampai opis td dada aku berdebar2. Aku mulanya risau kenapae ek. Aleesya memang belum sihat sepenuhnya. ..Takpe..Sabar….Nanti aku call babysitter.

Sampai opis..aduhai….rasa sedih sangat. Dokumen atas meja bersusun. Aku bukan sedih pasal ape.pasalnye dokumen dah sign. Tapi kenapa tak bergerak. Kenapa takde org tolong hantarkan keservice area. Aduhai…..sedih sangat.

Aku sedih…sedih..sedih….Takpe. sabar2…Pelan2 buat. Skang memang aku rasa lemah sangat..lemahnye….huhuhuhuhuhu……..

Tuesday, February 15, 2011

Kesabaranku Diuji

Hi....salam Maulidur Rasul...Arini public holiday..Tapi buat aku sama aje..cuti ke tak ke..sebabnya puteriku masih tidak sihat. Sejak semalam hingga hari ini aku masih berulang alik ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Petang ni pun baru selesai...

Pagi td Aleesya ke klinik lagi sambungan yang semalam. Doktor periksa kahak masih banyak. Jadi doktor bagi neb n buat sedut kahak. Kesian Aleesya menjerit meronta2. Udahler aku sorg je....En Hubby tak ikut. Lepas tu doktor suh dtg lg ptg kul 4.

Petang ni pun aku pergi sorg sebabnye En Hubby dr pagi keluar tak balik2. Masih jalan2 dikotaraya...Sabar..sabar....Aku ingatkan petang ni bolehler pegi sama2 buat rawatan untuk anak. Tunggu punya tuunggu tak balik2 lagi. Bila sms pun tak jawap.Bila aku call En Hubby kata ontheway nak pi Elango (sebuah kedai makan). Sabar lagi..aku ingatkan ontheway balik umah. Agaknye En Hubby lupa kat umah ade anak tak sehat nak kena follow up....lupa..lupa....

Kadang2 aku bengang...n aku tak faham. Sangat2 tak faham. Mentang2 dah skali bleh pegi sendiri..so, selamanye pegi sendiriler. Urus sendiriler....mcm tu ye...ooo..macam tu..sabar..sabar....sabar lagi....

K.S : Sampai satu tahap klu org dah bosan sangat. Diam lebih baik..akukah itu..klu aku jd begitu dah sampai masalah tu...

Monday, February 14, 2011

Ayam Kung Po Elly

Yuhu...entry kali ni nak cerita pasal gambo kat atas tu..mmm..nampak sedap tak?hua..ha..ha...klu korg tak nampak sedap aku tetap kata sedap.....meh sini aku ajar cara nak masak ayam ni...senang je...cincai-cincai je....resepi sebenar leh cr kat web ek..ni resepi yang aku dah ubah2 sendiri...

Caranya begini : ayam tu korang potong ikut sukaler nak besor manakan...pastu gaul dengan tepung jagung n letakler skit garam..goreng.Pastu amik halia, bawang besor, bawang putih,lada benggala, lada kering n klu nak pedas tambah cili api..semua bahan tu goreng hingga naik bau n kekuningan. Pastu letak sos tiram, sos cili n sedikit air.Gaulkan skali dengan ayam yang telah digoreng td. Lupa puler..aku ade letak kicap skit..sebab tu ler itam skit. Ha...inilah hasilnya.....
Sebenarnye, resepi ni aku amik dr mesra.net. Aku cr resepi untuk masak ayam kung po. Tapi yang aku masak ni campur resepi sukahati aku.hua..ha..ha...Asalnye masakan ni aku makan kat kedai Safiera (kedai paksu akuler...)Hari2 aku order resepi ni sebabnye aku suka....Tapi masalahnye masa tu kedai ramai org je...Tapi aku sanggup tunggu. Hinggaler ke suatu hari tu aku order...udahler lama berejam aku tunggu. Pastu diorg leh lupa pulak aku punye ayam kung po...geram punye pasal aku cr resepi ni n aku masak...sampailer skang. Mula2 memang ikut resepi sebenanr. Tapi lama2 dah ikut sukahati je...asalkan jadi...heheehehe..
Sekian.

Aleesya Belum Baik Lagi

Harini aku bangun nak siap2 pi keje. Tapi satu apa pun aku takleh buat. Aleesya mengamuk je..menangis je..tanak kena tinggal.Pening kepala aku dibuatnye. Malam tadi dia memang tak dapat tido nyenyak. Dengan aku2 skali..hua..hua..hua.....

Pagi ni bawak pi klinik lagi. Kan betul masih ada kahak lagi . Amik neb lagi...aku ingat ptg leh masuk keje..Skali doktor suh dtg lagi petang amik lagi skali. Aku penin ler... Aritu masuk wad sehari je. Doktor kata dah ok...Tapi nape masih tak ok lagi...huhuhuu......Kahak dia masih banyak lagi.

Aku tak sampai hati nak buat sedut kahak tu...Mestiler sakitkan...Tapi klu tak buat. Kahak dia banyak lagi..Mcmana nak buat ntah.tgkler ptg ni mcmana. Lepas amik neb lagi skali. Klu mcm teruk jugak. Aku rasa aku kena tabah hati utk buat sedut kahak tu....huhuhu.....

Sunday, February 13, 2011

ASMA TIADA UBAT, PERLU DICEGAH

Asma atau lelah ialah serangan sesak atau kesusahan bernafas berserta bunyi termengah-mengah di dada. Ia juga menghasilkan bunyi seperti siulan kerana penyempitan pada saluran cabang tenggorok di paru-paru. Asma terjadi apabila otot pada saluran udara yang menghubungkan hidung kepada paru-paru menjadi kejang. Ketika otot kejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan.

Keadaan menjadi teruk apabila pesakit mempunyai kahak pekat yang menutup salur pernafasan menyebabkan udara susah keluar masuk. Apabila ini terjadi, paru-paru akan kekurangan udara dan pesakit boleh pengsan serta boleh menyebabkan kematian.Antara tanda lain asma ialah sukar hendak bernafas, terbatuk-batuk dan pernafasan menjadi pendek.

Antara faktor yang boleh memburukkan asma ialah alahan kepada habuk rumah, bulu binatang, debunga rumput dan asap rokok. Terlalu banyak bersenam dan melakukan kerja-kerja juga memungkinkan mendapat asma. Begitu juga jika sering mengalami tekanan perasaan dan mendapat jangkitan pada paru-paru.

Bagi mereka yang alah kepada ubat-ubatan seperti aspirin dan penisilin, wajar berhati-hati kerana kemungkinan mendapat serangan asma jika mengambil ubat berkenaan.

Asma pada kanak-kanak

Serangan asma pada kanak-kanak adalah masalah biasa kerana 10 - 20 peratus kanak-kanak di dunia ini mengalami asma.Ia selalunya bermula dengan serangan selesema, batuk dan kemudian sesak nafas. Jika tidak diubat dengan sempurna, kanakkanak itu berkemungkinan akan menghidap asma hingga dewasa.

Menurut kajian, kira-kira 80 peratus kanak-kanak penghidap asma akan hilang penyakit mereka apabila mencapai usia 5 tahun.Bagi kanak-kanak menghidap asma yang sederhana, serangan ini akan hilang dalam lingkungan usia 12 -13 tahun. Sebilangan 50 - 60 peratus akan sembuh apabila mereka dalam lingkungan 20 - 25 tahun dan 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil akan sembuh.

Asma tidak boleh diubati tetapi biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia mereka meningkat. Manakala orang dewasa yang baru mendapat asma akan kekal menghidapnya.Asma tidak memberi apa-apa kesan kepada jantung tetapi boleh memudaratkan paru-paru.

Perubatan
Sedutan (Inhaler)

Ubat sedutan ini bertujuan mencegah asma yang kerap terjadi. Antaranya ialah Becotide, Pulmicate, salbotomol dan theophylline. Apabila mengalami serangan asma, doktor akan memberi ubat sama ada dalam bentuk tablet, kapsul, bancuhan, penyedutan, aerosol atau supositori.

Ubat yang diberikan itu selalunya mampu mengatasi masalah penyempitan saluran cabang tenggorok pada paru-paru. Pesakit juga kadangkala diberi sejenis steroid untuk meredakan kesesakan nafas yang dialami. Pesakit juga mungkin diberi ubat sodium cromoglycate yang akan membantu mereka mengelakkan serangan asma.

Ubat sedutan ini antara lain:

1. Selamat dan cepat memberi kesan.
2. Ubatnya berkesan selama empat jam.
3. Boleh diambil selalu dan apabila diperlukan.
4. Ulang setiap dua atau tiga jam
5. Boleh digunakan sebelum bersenam.
6. Tetapi tidak berkesan pada asma yang teruk.

Perbezaan antara penyedut dan ubat tablet (makan)

Ubat penyedut memberi kesan yang lebih cepat berbanding ubat makan yang hanya akan berkesan setelah setengah jam mengambilnya.Penyedut pula mempunyai dos yang lebih rendah dan kesan sampingan kurang berbanding ubat yang dimakan.

Alahan asma

1.Binatang peliharaan adalah penyebab utama penyakit asma atau lelah. Penghidap asma sering alah kepada bulu binatang peliharaan mereka terutama kucing dan anjing.
2.Alat solek dan kelengkapan dandanan diri.
3.Debunga. Ini sering terjadi kepada mereka yang berada di negara yang mempunyai 4 musim. Debunga banyak pada musim bunga.
4.Pewarna makanan.
5.Asap dan debu.
6.Debu/kutu rumah (house mite).
7.Senaman berlebihan.
8.Tekanan
9.Jangkitan seperti virus dan selsema.
10.Pekerjaan yang membabitkan debu dan asap.
11.Genetik.

Apa patut anda buat jika diserang asma.

1.Sebaik sahaja serangan bermula, ambil ubat sedutan. Tunggu hingga 15 20 minit dan ulang jika ia tidak berkesan. Ubat yang dimakan akan mengambil masa 30 minit hingga sejam untuk menunjukkan kesan.
2.Jika anda merasakan kesan ubat, ulangi mengambilnya pada masa yang disyorkan.
3.Jika ubat yang diambil tidak berkesan, cepat-cepat berjumpa doktor.
4.Bagaimanapun, ubat-ubatan yang dicadangkan itu boleh meninggalkan kesan sampingan kepada pesakit seperti terlalu mengantuk, loya, muntah, darah gemuruh, kesukaran hendak tidur dan letih.
5.Jika ubat yang diambil meninggalkan kesan sampingan dan menjejas kehidupan seharian, anda dinasihatkan supaya segera berjumpa doktor.
6.Pesakit juga dinasihatkan supaya mendapatkan pandangan daripada doktor atau pakar farmasi kerana pengambilan ubat-ubatan tanpa mengikut dos boleh menjejaskan keberkesanan ubat itu.
7.Sebaik-baiknya ambil ubat terakhir anda sebelum masuk tidur kerana serangan asma lebih kerap berlaku pada sebelah malam.
8.Selepas mengambil ubat, anda perlu berkumur-kumur, terutama jika anda diberi ubat jenis sedutan. Amalan ini penting untuk mengelakkan mulut dan tekak anda menjadi kering.
9.Pesakit juga harus ingat, selain rawatan ubat-ubatan, mereka perlu berusaha mengelakkan bahan-bahan yang boleh menyebabkan serangan asma.

Peringatan :

1. Ambil ubat seperti dicadangkan doktor dan jangan berhenti hingga dinasihat oleh doktor.
2. Jangan tunggu hingga janji temu yang seterusnya jika serangan asma anda semakin meruncing.
3. Bawa ubat anda ke mana-mana anda pergi terutama penyedut/inhaler.
4. Elakkan menghisap rokok atau berada berdekatan orang yang menghisap rokok.
5. Senaman baik untuk kesihatan (ketika anda tidak mendapat serangan asma) tetapi dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
6. Ambil ubat sebelum anda jangka akan ke tempat yang mungkin akan menimbulkan serangan asma
7. Jika anda sering mendapat serangan asma yang teruk, sentiasa bawa nota (untuk ubat) daripada doktor anda.

Sumber : JELITA, JULAI 1997, M/S 170 -171

Saturday, February 12, 2011

Aleesya dan Set Ubatnya

Nilah Aleesya masa tgh sakit...wajah sayu jer...sian anak ibu...... Inilah set nebulizer Aleesya.....
Ni alat untuk wat inhealer "aerochamber"
Ini untuk pencegahan "flixotide evohealer"
Ini ubatnya "ventolin evohealer"
Dan ini wajah Aleesya lepas dia rasa ok skit.....

Puteriku Masuk Wad


Pengalaman pertama yang aku alami ni sungguh memberi banyak pengajaran kepada aku. Buat pertama kalinya anakku dimasukkan ke wad. Tak ternah terfikir di kotak fikiran perkara ini akan terjadi. Bulan ni kali kedua aleesya diserang asma yang teruk. Aku tak sangka dia akan sampai masuk wad.

Ceritanya bermula begini...malam khamis tu Aleesya dah batuk. Aku pk batuk biase je. So, pagi khamis tu aku dah bg dia inhealer. Pastu aku gi keje macam biase. Anto anak2 standbykan skali inhealer kat babysitter. So, tengahari tu aku call babysitter tanya keadaan Aleesya. Kak Ani kata ok. Tp dia Nampak penatler. Dah bg inhealer. So, aku pun takdeler risau sangat. Kak Ani kata dia bleh handle lagi. Nanti pape dia call.
Tup2 call 4 lebih mcm tu aku dapat call. Kak Ani kata Aleesya dah teruk. Dia tak berani lg Aleesya dah muntah dia kata. Aku letak je tpon terus bgtau bos yg aku nak balik. Aku tak pk dah bos bg ke tak. Aku tetap nak balik. Tapi, bos aku tu ok je....Tq bos. Aku terus kemas n berlari balik. Dalam 15 minit aku dah sampai umah. Laju giler....

Sampai terus bawak adik pi klinik depan. Aku tak pi klinik pakar yang biasa tu sebab Klinik Famili arini Dr Nik. So, aku pi situ je sebab Dr Nik bagus sama mcm doktor klinik pakar tu. Sampai klinik doctor bg adik nebulizer pastu doctor kata balik sambung bg inhelaer. Dlm kul 9 klu tak ok jugak dtg balik. So, aku pun balik. Bg adik ubat ape semua. Dia pun rehat.tapi dah sampai 4 kali aku bg inhealer. Sampai kul 9 lebih adik masih tak stabil.

kitorg terus bawak adik pi klinik semula. Sampai klinik doctor bg neb lagi. Tp adik masih tak ok. Doctor kata kena pi hospital. Kami pun setuju. Doctor refer pi DEMC. Dapat je surat kami patah balik umah amik barang. Pastu terus gerak ke DEMC. Sampai sana dah kul 11 lebih. Sampai terus pi kecemasan bg surat. 2 minit kemudian petugas tu kata bilik penuh. Yang ade bilik VIP. Pastu dia tolong callkan SMC. Itupun bilik penuh. Aku pulak tak sure hospital panel mana lg company punya. Call sana sini. Semua penuh. Rasa nak nangis je....

Last2 kitorg ambil keputusan pi Pantai Klang. ontheway ke sana aku berdoa adalah bilik kosong. Sampai Pantai Klang dah kul 12 lebih. Sampai sana terus jumpa doctor. Adik diberi neb lagi. Pastu doctor kata katil baby dah penuh. Tp klu nak masuk wad jugak dia bleh arrange utk duk tempat dewasa. Doctor suh wat pilihan samada nak balik dulu atau terus masuk wad. Kami tanak amik risiko. Kami kata nak masuk wad.

Terus daftar, pastu tetiba doctor panggil balik kata kami takleh masuk wad sebab doctor pakar kata Aleesya teruk. Diorg tanak amik risiko letak Aleesya kat katil dewasa. Sedihnya kami...takde pilihan lain lg yg paling dekat HTAR. Kami terus kesana. Sampai HTAR dah kul satu lebih. Ya Allah...sepanjang malam dah sampai pagi.

Akhirnya tepat jam 4. 45 pagi barulah Aleesya dapat tido atas katil. Aleesya selamat dimasukkan wad kanak2 di HTAR. Syukur Alhamdulillah....

KS: Tak tahan tgk masa doktor amik darah Aleesya

Wednesday, February 9, 2011

Besday Kakak Yang ke-3

Malam ni aku layan FB. Tapi lama2 bosan gak. so aku godehler gambo yg ade dlm laptop ni...hheheeh...tgk2 jumpa pulak gambo besday kakak yg lepas. So, aku nak sharelah dgn kawan2. Majlis ni kitorg buat tahun lepas. Masa tu dalam bulan Syawal. Sebab besday kakak kena bulan Syawal tahun lepas. So kitorg wat rumah terbuka disamping meraikan besday kakak. Ha...inilah dia budaknye..hehehehehe..budak yang bukan main banyak ckp. mcm sape ek? hua..ha..ha....

Ha..tgk tu..beria2 dia nak potong kek tu. Macamlah kek tu keras macam batu...Topi atas kepala dah tak rupa topi..lom pape dah dikerjakan....Yang belakang tu semua sedara maraler tu.....Yang kecik sebelah tu makcik dia..hahahha..jangan tak percaya. diorg sebaya. Beza bulan je....

Ha....inilah keknya. Beli khas untuk kakak. Mulanya nak buat gambar kakak. Tapi lambat sangat nak order. Tak sempat. So, suh kakak pilih gambar. Dia pilih gambar yang ini......

Sekian.

Disebalik Kata-Kata

Pepatah mengatakan lidah lagi tajam dari mata pedang. Pernah dengar tak? Tak pastiler betul tak ayat tu..hehehehe..tapi rasenye adeler sesuatu pepatah yang lebih kurang macam tu ler..yang menunjukkan bahawa kata2 kita ni lebih merbahaya dan amat merbahaya jika betul2 digunakan…fuyyooo……

Apesal aku cakap macam tu sebab..jeng..jeng…jeng….sebenarnyekan kita ni kadang2 selalu tak perasan bila bercakap. Adakala kita menyakitkan hati orang, melukakan hati orang dan adakala kata-kata kita tu boleh buat orang gembira…bergantung….bergantung pada orang yang bercakap dan orang yang mendengar.

Adakala seseorang tu memang jenis cakap kasar, sedangkan dia tak berniat pun mengasari…ada org yang mendengar yang faham…mereka kata ok. Ada yang mendengar dan tak biase..mereka akan rasa tersungging…hua..hua..hua…sedihnye…

Menurut pakar motivasi..chewah…setiap perkataan yang keluar dan dikeluarkan dari mulut sesorang akan memberi impak yang berbeza. Kata2 boleh membuatkan kita lebih bersemangat atau kita hilang semangat. Semuanya kerana kata-kata…..
Oleh yang demikian, jagalah kata2 kita supaya tiada hati yang terluka. Dan tiada yang melukakan hati kita…..

K.S : Muhasabah diri kata En Hubby.

Monday, February 7, 2011

Lanjutan Dari Kemalangan Semalam

Inilah dia keretaku yang kemek dilanggar semalam....nampak mcm skit je...tp gambarkan...hua..hua..hua... Sian Savvy...Nasib ko keras....

En Hubby kata...kereta kamikan raksasa wat garu badan je..hehehehe....

Sunday, February 6, 2011

Kemalangan Yang Menimpa Kami

Semalam setelah 3 hari En Hubby bekerja..dia akhirnya cuti. Maka kami sekeluarga pergi beriadah ke pantai remis lagi..hehehe.takde tempat lain. Lgpun kat situ memang ade makcik yang berniaga. So, kami leh tumpang melepak kat gerai dia..Sesape pi sana piler gerai yang jual jagung dengan air..fuh..semalam tengok tak memang tanganler melayan pelanggan..memang syok...

Oh.ya.Berbalik kepada tajuk. Setelah sakan bermain, melepak2 kitorg pun bersiap2 pulang kerumah. Lepas salam2 semua kami pun bergerak meninggalkan kawasan pantai remis..(da..da..ada masa kami dtg lg). Perjalanan agak tenang pada mulanya..hinggalah satu ketika ade kereta yang laju..kami terpaksalah mengalah ke lane kiri...

Jalan punya jalan tetiba selepas satu selekoh..kami terpaksa memberhentikan kereta kerana ada kereta yang nak keluar simpang n kereta dr arah kami nak masuk simpang tu...tp kereta yang nk keluar simpang tu tak gerak2. aku tak faham..En hubby dah hon berkali2 tetapi kedua2 kereta tidak bergerak...masing2 menunjukkan keegoan mereka..sedangkan dah 3 kereta beratur..kereta kami yg belakang skali....

Tiba2 En Hubby menjerit " Ya Allah, kena ni". sambil dia mengalihkan kereta ketepi.Dummmm.....kereta kami kena langgar. Syukur Alhamdulillah kami tak apa2. aku memang dah menggeletar..berdebar2 semua ada. Syukur anak2 tak apap2 n diorg tak terperanjat sangat. Bila dah berlaku kemalangan baruler kereta yang nak keluar simpang tu mengundur dan beri laluan kepada kereta yang nak masuk. Kami tak ingat apa2 terus gerak kedepan n berhenti di pinggir jalan. Aku ingatkan kereta aku je kena langgar. Rupanye kereta depan pun kena.

En Hubby turun melihat keadaan dan berunding. Kemudian En Hubby masuk n kami pun meneruskan perjalanan. En Hubby kata tak payah minta apa2 dr org yang melanggar sebab dia tak bersalah n keretea kena skit je...Nasibler En Hubby pemurah...klu aku td tentu aku dah minta gantirugi. memang dia mangsa..tp diapun lajukan....Apapun takpeler..janji kami sekeluarga selamat..Kereta bleh repair....

Apapun sampai skang aku masih bengang dengan kereta yang tak mengalah tu. Disebabkan dia kami semua terlibat. Nasib kemalangan kecil. Aku teringat2 muka dia,Sudahler melayu...Satu keluarga pulak tu. Apalah salah kau mengalah beri laluan...Rugi ke...Tak faham. Tak tahu kat mana budi bahasa...Bila dah berlaku kemalangan tau pulak ko mengalah...Klu keluarga ko ditempat kami atau ko sendiri di tempat kami...tentu ko akan pk mcm kami jugakkan. Ko tu rakyat yang tak sepatutnya ada kat Malaysia ni...

KS : Nasib kereta tu yang sampai dulu...andaikata lori yang sampai dulu...wallahualam...

Hala Tuju "Kenangan Semalam"

Blog aku ni bermula pada May 2010. Masa tu aku main2 je..aku taktau pun yang aku buat tu jadi..sehinggalah bulan November baru aku perasan. Aku memang dah ada blog. Bermula dari situ barulah aku aktif berblog..itupu merangkak perlahan2. Sifu aku Siti Hajar Masri. Dialah yang ajar aku serba sedikit pasal blog ni. Dan sampai skang pun dia masih menjadi penasihat tak berbayar aku...(heheheh..tq hajar).

Hari ke hari aku mengupdate blog aku..walaupun bukan hari2. Tapi adeler..sehinggalah aku kehilangan idea untuk mengupdate blog aku. Sebab aku taktau ape yg aku nak cerita kat sini..sehinggalah semalam En Hubby complain...”blog syg tak menarik”..hua..hua..hua....sodihnye den...mcmana nk bg menarik..aku tak tahu....

Tup2 pagi ini..sedang aku mengemas2 umah..tiba2 terlintas difikaran aku...blog aku harus jadi sesuatu...so..secara tak sengaja aku telah mendapat satu idea untuk dilakukan kepada “kenangan semalam”. Aku mendapat idea untuk menjadikan “kenangan semalam” satu kenangan terindah buat aku, suami dan anak2 ku....

Bersambung........

Wednesday, February 2, 2011

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Jiwa Kacau Episod 3

Benci..benci..benci….kekadang aku ni rasa diri ni bodoh sangat. Baik tak bertempat. Tapi sebagai manusia biasa hati aku taklah sejahat n sebusuk org tu. Klu aku marah pun masa tu je. Bila dah sejuk aku ok je. Aku takde pun nak amik kesempatan. Klu keje tu buat sama2. Sama2 dapat nama. Ini tidak. Keje aku org lain punye nama. Menyampah btul aku….

Aku tak tauler mcmana hati n perasaan orang mcm ni. Aku memang tak faham kenapa ade org macam ni dalam dunia ni!!!!!!?????geramnye aku…geram giler..hua..hua..hua..hua….sakit hati.hilang mood aku nak wat keje….apalah nasib badan….kekadang apa yang berlaku memang Nampak tak adil betul untuk aku..memang ade hikmah disebalik segala2 perkara yang berlaku. Mungkin tak nampak sekarang…tp sebagai manusia biase yang macam aku ni….semuanya aku rasa macam tak adil…hua..hua…sedih.

Apapun aku bersyukur kerana masih diberikan kekuatan untuk bersabar diatas segala2 yang berlaku. N aku bersyukur kerana hati aku cepat sejuk n aku tidak menyimpan dendam terhadap apa yang berlaku..masa tengah marah memang semua terkeluar. Aku rasa itu biasa bg sesiapapun. Tapi bila dah sejuk. Ok je…syukurlah sifat itu masih ada dalam diri aku ni…n aku syukur kerana aku masih SEDAR DIRI…

Labels