Thursday, January 27, 2011

4 Beradik dihalau ke Hutan

Membaca Metro pagi ini buat hatiku sedih. Kisah “ 4 Beradik dihalau Ke hutan”. Aku sungguh tak faham dengan ibu bapa sekarang ni. (sebenarnye sejak dulu sama je). Hua..hua..geram aku dibuatnye. Klu diorg tanak jaga anak, tanak sayang anak. So, janganler beranak. Aku pasti si ibu melarikan diri kerana tak tahan dengan sikap suami. Tapi kenapa tak pernah nak pk pasal anak2. Dengan melarikan diri, menyeksa anak2. Boleh ke hidup aman macam tu. Skang ni mcm2 bantuan ada. Kenapa tak mengadu kat tempat yang betul klu menghadapi masalah. Dengan melarikan diri, selesaikah masalah.
Apakah perasaan seorang ibu bila baca paper harini tgk2 anak2 dihalau. Kelaparan. Tidur dibawah pondok tak berdinding. Kedinginan dengan hujan ditengah2 hutan belantara. Aku sungguh tak faham. Dimanakah letaknya hati dan perasaan mereka. Dunia..oh dunia….

KS : Harap aku tak menjadi seperti itu.

http://www.hmetro.com.my/articles/4beradikdihalaukehutan/Article

Wednesday, January 26, 2011

Pengorbanan Ibu dan Ayah

Membaca blog kak imah terus buka halaman metro yang dimaksudkan..Rasa teruja membacanya kerna kukenali siapa mereka. Tidak kusangka begitu berat ujian buat mereka. Apelah aku ni. Nama je kenalan rapat tapi aku tak taupun ujian yang mereka hadapi sebesar ini. Sabarla kawan..Ini semua dugaan Allah......


Berkorban apa saja demi anak tercinta
Oleh Siti Zarinah Sahib

COMEL...Aimy tidak kelihatan seperti kanak-kanak bermasalah walaupun berpenyakit. KEHADIRANNYA pasti jadi tumpuan mata sesiapa saja yang memandang. Walau di mana saja berada tanpa mengira bangsa, malah dia pernah diekori sepasang suami isteri berbangsa Cina hanya kerana mereka ingin mengetahui mengapa anaknya berkeadaan begitu.

Bagi mereka yang baru pertama kali melihat mungkin agak pelik kerana pada usia yang baru menjangkau dua tahun, anak comel itu, Aimy Sufia Zairol Azlan sudah memakai kaca mata.

Lebih mengejutkan apabila tahap kerabunan Aimy meningkat sehingga 700 pada mata sebelah kiri manakala kanan sehingga 500 yang tentunya sangat tinggi untuk Aimy yang masih bergelar bayi.

Malah tanda-tanda itu menunjukkan dia bakal menghidap penyakit glaucoma.

Melihat keadaan Aimy ketika berkunjung ke rumahnya di Subang Jaya, Selangor, baru-baru ini, dia masih belum berjalan, berlari dan menuturkan perkataan berbanding kanak-kanak seusianya dengannya.

Dia hanya boleh mengesot dan merangkak apabila ingin mencapai sesuatu dan menangis apabila keinginannya tidak dipenuhi. Sejak berusia lapan bulan, Aimy sudah memakai cermin mata dan doktor menasihatkan Aimy supaya terus memakainya pada waktu siang bagi mengelak rabunnya bertambah hingga dia terus tidak dapat melihat.

BERMAIN...Aimy gemar bermain bersama kakaknya, Adani Sufia.

TERPAKSA...AIMY SUFIA sudah memakai kaca mata sejak berusia enam bulan.
Bayangkan pada usia yang masih terlalu muda, tentulah Aimy tidak selesa apabila dipakaikan cermin mata. Malah dia pasti menanggalkannya apabila sudah lama dipakai.

Menurut ibu Aimy Sufia, Kartica Shahreema Mohd Sab, 37, ketika dilahirkan pada 20 April 2009, Aimy sihat seperti dua kakaknya iaitu Alesha Sufia, 7, dan Adani Sufia, 5.

Namun ketika diperhatikan pada tubuh Aimy sejurus selepas dilahirkan, Kartica menyedari anak mata kiri Aimy lebih besar daripada mata kanan.

"Pada mulanya saya anggap ini perkara normal, namun selepas dia demam dan mencatat suhu yang sangat tinggi saya terus ke hospital. Saya terkejut apabila doktor memberitahu secara tiba-tiba Aimy menghidap asma," katanya.

Semakin hari asma Aimy semakin teruk dan memerlukan alat pernafasan sekiranya diserang penyakit itu. Sangka Kartica, Aimy hanya menghidap asma namun apabila doktor mula perasan ada tanda-tanda yang tidak kena pada mata Aimy, lantas mereka mendapatkan rawatan daripada pakar kanak-kanak.

Selama tiga bulan keadaan ini berterusan sehinggakan Kartica membawa anaknya ke hospital untuk rawatan lanjut. Setelah rawatan dijalankan oleh pakar menunjukkan Aimy menghidap penyakit Primary Congenital Glaucoma.

Menurut Kartica, kesan daripada penyakit itu kedua-dua mata Aimy berair dan akan mengeluarkan air mata yang banyak apabila menangis.

Keadaan ini membuatkan matanya menjadi terlalu kering dan dikhuatiri akan dijangkiti virus berbahaya sekiranya dibiarkan.

Sebab itu, Aimy diwajibkan bercermin mata. Ini kerana mata kirinya terlalu tinggi tahap kekaburannya, sekali gus cermin mata ini dapat menggalakkan Aimy menggunakan kedua-dua belah matanya juga bertujuan mengaktifkan matanya agar tidak menjadi terlalu lemah.

Sekiranya cermin mata tidak dipakai, lama-kelamaan akan menyebabkan mata menjadi juling dan buta.

"Sekurang-kurangnya cermin mata ini dapat membantu Aimy mengembangkan pancainderanya agar boleh membantu pancaindera yang lain supaya berfungsi seperti biasa," jelasnya.

Selain masalah mata, Aimy juga adalah kanak-kanak Dysmorphic iaitu mempunyai ciri-ciri kelainan dan ketidaksempurnaan kejadian serta struktur fizikal secara semula jadi.

Menurut doktor yang merawatnya, Aimy bukan saja tidak normal pada matanya tetapi telinga, kepala, lelangit, tekak, ibu jari kaki dan tangan yang lebih, jari jemari yang kemek, tapak tangan yang lembut, tulang pinggul serta kaki.

Malah lututnya juga didapati berlainan dan perbezaan ini berkemungkinan akan menyebabkan cara berjalan Aimy tidak normal seperti kanak-kanak lain.

"Namun keadaan ini akan berubah sekiranya lebih banyak latihan atau rawatan fisioterapi dijalankan ke atas Aimy," katanya.

Aimy juga mengalami sembelit yang agak teruk. Setiap kali mahu membuang air besar, dia terpaksa dimasukkan ubat menerusi dubur untuk melembutkan najis dan sekiranya tidak, dia pasti menangis kesakitan. Kemungkinan sembelit ini ada kaitannya dengan penyakit yang lain, namun doktor juga tidak dapat memastikannya.

Aimy juga tergolong dalam kanak-kanak yang menghadapi masalah Global Developmental Delay iaitu perkembangan yang tergendala atau lambat serta tidak mengikut umur yang sepatutnya.

Contohnya pada usia setahun tujuh bulan, Aimy sepatutnya sudah boleh berjalan dan berlari tetapi dia baru pandai duduk ketika berusia setahun empat bulan, itu pun masih tidak stabil.

Pertuturan Aimy seperti bayi berusia enam bulan, kemahiran motor seperti bayi 10 bulan manakala mentalnya berfungsi seperti bayi berusia 12 bulan.

"Saya bersyukur kerana cepat mengenali perubahan pada Aimy. Menurut kata doktor, ada sesetengah ibu bapa yang hanya mengetahui kelainan pada anak mereka ketika anak berusia lebih tiga tahun dan ini sudah agak terlambat," katanya yang tidak pernah berputus asa mendapatkan rawatan untuk Aimy.

Boleh dikatakan setiap bulan Aimy terpaksa dimasukkan ke wad bagi menjalani pelbagai rawatan. Begitu juga dengan rawatan tradisional dari setiap pelosok negara sudah dijelajahinya, namun tidak menampakkan sebarang tanda positif.

"Saya tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan rawatan buat Aimy. Walaupun sukar untuk saya menerima kenyataan yang dia tergolong dalam golongan orang kurang upaya (OKU), namun untuk apa saya terus menafikannya? "Memanglah sebagai ibu saya mahu menganggap Aimy seperti anak normal yang lain dan terus membesar dengan sihat tanpa sebarang masalah.

"Walau apa pun keputusan dan hasil ujian serta pemeriksaan darah, kromosom dilakukan, tetap tak dapat mengubah kenyataan itu. Hakikatnya perkembangan Aimy tetap tidak sama seperti kanak-kanak lain.

"Cuma apa yang boleh diubah adalah usaha untuk masa hadapannya. Ujian dan pemeriksaan itu hanyalah sekadar membantu untuk memperjelaskan jenis sokongan yang paling tepat harus diberikan kepada Aimy," katanya.

Justeru, Kartica dan suami mendaftarkan anak mereka sebagai OKU dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Barulah dia tahu pengiktirafan ini memberikan banyak keistimewaan kepada Aimy terutama dapat meringankan beban ibu bapa bagi mendapatkan rawatan untuknya.

Sekurang-kurangnya wang yang diperuntukkan untuk bil hospital juga boleh digunakan untuk pembelajaran Aimy.

Pada usia yang masih terlalu muda, sebagai ibu Kartica bimbang mengenai perkembangan anaknya lantas dia mencari sekolah untuk membantu meningkatkan perkembangan motor dan mental Aimy supaya walaupun tidak setaraf, sekurang-kurangnya tidak mempunyai perbezaan yang ketara dengan orang lain.

Malangnya sekolah yang menjalankan pembelajaran ini hanya menerima kanak-kanak pada usia lima tahun ke atas. Jadi Kartica menghantar Aimy ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk menjalani sesi fisioterapi dan pertuturan.

"Kami harus berusaha keras bagi memastikan dia mampu menguruskan diri sendiri apabila dewasa lain. Sebagai ibu, memang ini adalah tanggungjawab saya namun bagaimana pula setelah dia dewasa nanti? Siapa yang akan menguruskan dirinya melainkan diri sendiri," kata Kartica yang sangat berharap agar sesi rawatan fisioterapi dan pertuturan itu dapat membantu diri Aimy.

Dalam pada itu, Kartica mengakui sebagai wanita bekerjaya adalah sukar untuknya membahagikan masa dengan baik. Justeru, dia bersyukur dikurniakan suami, Zairol Azlan Abdul Jalil yang banyak membantu menguruskan rumah tangga dan hal anak-anak.

"Jika ditanya memanglah masa saya lebih banyak diberikan kepada Aimy. Walaupun kasihan dengan dua kakaknya tetapi saya tiada cara lain. Namun dari segi kasih sayang, ketiga-tiga mereka dalam kedudukan yang sama. Tiada yang lebih dan kurang," katanya.


Sumber : Metro.

Sekali imbas wajah si comel ini mengingatkan aku kepada anakku Aleesya....


Aku dan Redmummy

Sana sini bercerita pasal Redmummy. Kat radio..kat surat khabar. Balik umah pun hubby ckp pasal dia. Mulanye aku tak kenal n taktau pun sape dia. Skang ni baruler aku tau....Dia seorg yg amat amat teramat menyukai warna merah. Samaler mcm aku..hua..hua..hua...Tapi blog dia dah jadi glamour seantero dunia..iyeke..iyeler tu..tak mcm aku baru nak merangkak.

Semalam buka blog dia..fuyyoo..macam2 ada...pening pale aku nak baca..takpe..nanti aku tgk lagi..cedok ilmu ape yg boleh aku belajar dr dia...Moga2 satu hari nanti aku bleh mengikuti jejak langkah dia. Aminn.....

Monday, January 24, 2011

Sabtu di Pantai Remis

Hari ni dah hari selasa baru nak update pasal benda ni. Maklumlerkan bz..hua..hua..hua...Hari sabtu yg lalu kitorg pi Pantai Remis. Lama dah tak pi..Sebabnye puteri sulongku sibuk nak main layang-layang. Lepas ayah dia balik keje terus gerak pi sana. Beliler layang-layang untuk kakak main. Ha..tu tgk tu bukan main seronok lg dia....layang2 terbang tinggi sebab angin tengah kuat. So tak susahler ayah dia nak naikkan lelayang tu....

Tgkler tu gumbira sakan dapat main layang2 tu....

Ha...ni ibu n adik. posing tetap posing..... Dah penat main lelayang main buai pulak...seronok sangat adik n kakak. nak buai laju2 tapi muka kecut jer....

Tengok adik macam org besar....dengan pokok kelapa atas kepala...kwang..kwang...


Sekian.....

Sikap lemah-lembut 'senjata' tawan suami

Kadang2 sebagai isteri kita tak sedar yang kita ni selalu berkasar dengan suami. Klu perasan pun kan. Sikap ego tu lebih menguasai diri untuk mengaku salah..macam akuler….td terbaca kat Metro pasal tajuk ni. Tapi takleh jugak salahkan isteri je..suami pun kenalah faham keadaan isteri tu kan….meh baca Metro pasal isu ni....

KUALA LUMPUR: Golongan isteri dinasihatkan bersikap lemah-lembut terhadap suami masing-masing kerana ia ‘senjata’ sebenar yang mampu melembutkan hati pasangan dan mendapat apa yang diingini mereka, bukannya dengan kekasaran kerana lelaki mudah tewas dengan kelembutan. Penceramah terkemuka dan pakar motivasi, Datuk Mohd Zawawi Yusoh berkata, berlawan dan bermusuh dengan suami tidak akan memberi kebaikan, manfaat atau kemenangan kepada isteri, sebaliknya mereka hanya akan kecundang apabila bersikap kasar kepada pasangan hidup.

Untuk selanjutnya klik disini http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sikaplemah-lembutsenjatatawansuami/Article/index_html

Dalam kes dimetro tu. Si isteri memang melampau….apapun kena ingat syurga isteri di bawah telapak kaki suami…

Friday, January 21, 2011

Ada Aku Kesah

Manusia nikan, kekadang aku pelik. Tak abis pk aku dibuatnye. Ape motif ko nak buat mcm tu, macamlah aku ni kesah sangat pasal benda2 ni semua. Ko ckp jer terus terang. Toksahler nak pura2 berlakon baik. Kekonon tanak kecikkan hati org. Boleh blahlah…Ingat aku kesah sangat ke!!!!???Menyampah aku dibuatnye. Lgpun bukan aku suka sangat pun bekerjasama dengan ko tu. Sebab ko tu mcm bagus je….aku tak kesahlah…hahahahhahah…..mentang2 ada yang baru ko nak berlagaklah ek. Next time klu ko minta tolong dengan aku, jangan mimpilah aku nak baik hati tolong ko…..ade aku kesah….

mmm…..geram aku. Aku geram kat sorg manusia tu. Tapi takde ape sangat klu dia tak buat mcm tu. Cakap jer terus terang. Aku tak kecik hati pun. Tp bila dia buat mcm tu terasalah jugak aku. Macam aku ni kesah sangat nak buat benda2 tu semua. Aku pun tak heran sangatler….apapun kawan2. Ingatlah…klu nak buat ape2 tu toksah nak sembunyi2 cekonon org lain takkan tau. Dah sah2 satu opis takkan tak tahukan. Drpd tahu dengan cara yg tak sepatutnya lebih baikler berterus terangkan…

Wednesday, January 19, 2011

Kamu sembahyang lima waktu tetapi......

Kamu sembahyang lima waktu tetapi......
kamu hanya ingat pada Allah hanya lima waktu itu saja dan pada masa
lainnya kamu lupa padaNya.Jika sembahyangmu 10 minit , cuma 10 minit itu saja
ingatanmu padaNya.Mungkin dalam 10 minit itu pun kamu ingat selain daripadaNya.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu tidak bersyukur padanya......kamu pada dahulunya amat susah.Allah
yang memberi rezeki kepadamu , dengan rezeki itu kamu dapat menampung
keluargamu ,membeli rumah , kereta dan sebagainya.......tetapi hatimu masih belum
puas , kamu masih tamakkan harta dunia dan masih anggap dirimu serba
kekurangan.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi.....
kamu masih menggunakan perkataan yang kesat kepada teman teman mu ,
menyakiti hati mereka , menghina keturunan dan bangsa mereka seolah olah
keturunan dan bangsa kamu saja yang baik baik sedangkan kamu sendiri
tidak tahu tempatmu lagi di mahsyar nanti.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu masih sombong dengan ilmu kamu, dengan amal kamu , dengan ibadah
kamu ,dengan pandainya kamu berdebat dengan mereka yang tidak sehaluan dengan
kamu sedangkan kamu belum tahu adakah Allah sendiri redzo dengan apa yang ada
di sisi kamu itu.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu masih menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan musuhmu ,menggunakan
wang ringgit atau pun pangkat mu untuk menjatuhkan manusia yang kamu
tidak suka.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu amat bakhil untuk mengeluarkan wangmu untuk zakat dan sedekah
kepada fakir miskin kerana takut wangmu akan habis.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu masih menyimpan sifat dengki khianat kepada temanmu yang berjaya
dinaikkan pangkat dan gaji kerana mereka berusaha bersungguh sungguh dan
kamu hanya bekerja seperti hidup segan , mati tak mahu.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu mengabaikan anak isterimu yang kelaparan di rumah kerana kamu rasa
kamu raja di dalam rumahtangga dan boleh berbuat sesuka hati kamu.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu merungut dan mencaci maki bila kamu ditimpa musibah walaupun kamu
tahu sesuatu musibah itu datang daripada Allah.
Kepada siapakah kamu rasa kamu mencaci itu? Tidakkah kamu fikirkan?

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
Kamu menuntut ilmu semata mata untuk berdebat dengan manusia lain
ataupun menduga keilmuan mereka yang tidak berilmu dan tidak sehaluan dengan
kamu sedangkan tujuan kita menuntut ilmu adalah supaya kita dapat berbuat
amal ibadah dengan khusyuk dan tidak melakukan syirik kepada Allah.

Allah berfirman di dalam Al Quran yang bermaksud:
"Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan
mungkar".

Jika kamu sembahyang 5 waktu tetapi masih melakukan semua perkara di
atas , tidakkah kamu berfikir mungkin amal mu itu tidak diterima?
Dan apa beza kamu dengan mereka yang tidak bersembahyang?

Dan juga jangan lupa Allah berfirman yang bermaksud:
"Neraka Wail bagi mereka yang sembahyang, yang mereka itu lalai di dalam
sembahyang".

Ini menunjukan betapa beratnya fardu sembahyang kecuali kepada mereka
yang beriman dan ikhlas dengan amal ibadahnya.

Sampai-sampaikan sahabatku walau sepotong ayat....

Thanks email dr En Fazeli.

Tuesday, January 18, 2011

Selamat Hari Lahir Aleesya

17.01.2011 genapler puteri kedua ku berusia setahun. Kami telah mengadakan satu kenduri doa selamat disamping meraikan ulang tahun puteri tersayang. Majlis diadakan pada 15hb awal dua hari. Kami mengadakan sedikit bacaan Yassin dan sedikit tahlil. Lagipun sejak masuk umah baru belom buat lagi majlis ni. Selalu wat majlis makan2 biase jer. So, kalini wat besar skit. Inilah tetamu yang memeriahkan tahlil tersebut. Penuhlah satu rumah...Alhamdulillah...

Selepas majlis selesai. Tetamu dijamu dengan sedikit jamuan. Ni semua babysitter anak2 dengan jiran2 yang masak. Memang sedaplah diorg masak. cuma masa tu aku tak berapa sehat. Kurangler selera makan.

Selesai je tetamu dari bacaan tahlil pulang. tibalah giliran saudara mara dan jiran tetangga menjamu selera. Ha..masa nilah sessi memotong kek dijalankan. Tengok tu kek yang ayah beli untuk Aleesya...Cantikkan..

Seperti biaseler, walaupun kek adik. kakak tetap tumpang sekaki. Heheheheheh....kecoh sekejap dibuat dek dua org puteri ni....Masa ni Aleesya tengah tak sihat. Dia batuk n selsema. So dia memang takde moodler malam tu...
Majlis selesai jam 2 pagi. Fuhh..letih betul..Babysitter aku sampai demam. Kesian diorg tolong aku. Nanti ujung bulan kitorg pulak belanja diorg makan...Hehehehehheeh...

Thursday, January 13, 2011

Jiwa Kacau Episod 2

Arini rasa sakit hati geram nyampah kecewa semua ade. Aku pun tak tau nak kata ape. Gundah gulana aku dibuatnye. Rasa nak je amik beg skang terus balik. hua..hua..hua..bengang!!!Apapun aku kena sabar dan terus merilekskan diri...banyak2 berselawat dan selalu ingat Allah. anggaplah semua dugaan yang aku hadapi sebagai satu mukjizat. Ade hikmah diatas segala2nya....Amin...Amin...Ya Rabbal Alaminnnnn......

Monday, January 10, 2011

Anugerah Juara Lagu

ANNA RAFFALI...Inilah juara kita AJL25. aku tak pernah dengar pun lagu dia. tapi klu dia yang terpilih adelah kelebihannya dimana2 yang aku sendiri tak tahu. sebab aku bukannya org seni yang memahami apa org seni fikirkan. apapun tahniahler kepada semua pemenang kali ini....walaupun aku tak tgk sepenuhnya tp suka tgk time faizal tahir nyanyi lagu hanyut...siap masuk dalam kolam air tu...

Thursday, January 6, 2011

Birthday My Mother In-Law

yuhu....lama dah tak update blog ni. taktau nak citer ape walaupun sebenanrnye banyak benda leh citer.hahahahahha...ni nak citer pasal semalam besday my mother in-law. cekonon nk wat supriseler balik sana. skali padan muka aku.

dr umah tak bgtau nk dtg. aku just call adik ipar aku tanye diorg kat mana, tgh wat ape. hehehehhe..ade kat rumah.budget oklerkan tak pi memana. dah nk sampai suh laki aku call ajak turun makan. hahahaha. skali ibu kata diorg kat pasar. baru balik pasar mlm tgh makan kat kedai tepi pasar tu. hahahahhahaha....akhirnye kami sekeluarga yang surprise. keneler bli makanan sendiri bungkus makan kat umah untuk diri sendiri sahaja..hahahahhahaha...potong kek jer kat umah....inilah kek yang kitorg beli untuk ibu tersayang....
ha...yang ni pulak muka budak tak puas hati sebab ayah dia amik gambar masa nak potong kek....dapat baju baru tok ayah belikan. nak main bola kat mana tak tauler..pastu suh amik gambo muka mencuka....lawaks..

Labels